PEMINOR ialah satu pertubuhan di Johor yang fokus kepada pembangunan manusia (modal insan), dengan misi membentuk individu, pelajar dan komuniti menjadi lebih berilmu, berkemahiran dan beretika melalui pendidikan, kepimpinan dan keusahawanan sosial.
Program ini bertujuan bagi mengekalkan hubungan, membina komuniti aktif dan memaksimakan impak pembangunan insan secara berterusan.
Sahabat PEMINOR berperanan sebagai rakan kongsi perubahan sosial melalui pendidikan, kepimpinan, keusahawanan sosial dan pembangunan komuniti.
Program ke arah menggalakkan masyarakat melakukan kebaikan dalam apa jua bentuk — kecil atau besar — secara konsisten.
Matlamat utama PEMINOR ialah: Membangunkan modal insan Johor yang berilmu, berkemahiran, berintegriti dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi negeri dan negara..
Menyediakan peluang pendidikan, literasi, STEM dan digitalisasi untuk pelajar dan komuniti.
Menjalankan program pemerkasaan komuniti luar bandar, Orang Asli, B40 melalui pendidikan dan pembangunan sosial.
Membimbing komuniti membina projek sosial yang menjana pendapatan sambil memberi impak positif.
.Setiap cerita yang dikongsikan adalah bukti bahawa usaha kecil mampu mencipta perubahan besar, dan bahawa ilmu, nilai dan semangat yang dibawa PEMINOR terus hidup dalam hati mereka.